Sos Celupan McDonalds Berusia 19 Tahun Berjaya Di Jual Pada Harga RM58,800 Di eBay

Dua pek sos celupan McDonalds yang telah berusia 19 tahun di jumpai di dalam kereta lama telah dijual beharga USD14,700 di eBay.

Penjual eBay bertuah tersebut dari Ipswich, England menjumpai dua pek sos celupan tersebut yang belum dibuka berperisa Szechuan dan Wasabi dikeluarkan oleh McDonalds pada tahun 1998, apabila membersihkan sebuah kereta lama miliknya.

Sos celupan tersebut yang di ilhamkan dari citarasa Asia, pada asalnya dikeluarkan untuk meraikan tayangan kartun Disney, Mulan diletakkan di eBay untuk di jual dan dibanjiri dengan 187 tawaran. Sos tersebut telah berjaya di jual pada minggu lepas dengan harga USD14,700 atau RM58,800.

Dilaporkan juga, sebuah petisyen yang ditubuhkan oleh warganegara Amerika, Gabriel Cohen menarik lebih 20,000 tandatangan meminta McDonalds mengeluarkan kembali sos celupan berperisa tersebut.

Apa Pendapat Anda?