Sanggupkah Anda Membayar RM108,000 Untuk Membeli Sebiji Melon

Mengapa tidak hanya membeli kereta? Bagi penggemar makanan dan minuman yang mempunyai segala-galanya, kini di Jepun harga sebiji melon hampir menyamai harga sebuah kereta baru.

‘The Yubari King’ adalah kacukan antara dua jenis tembikai, dan mesti ditanam di wilayah Yubari dalam usaha untuk mempunyai nama tersebut, sama seperti daging lembu Kobe, satu lagi masakan mewah di Jepun, mesti dihasilkan dalam kawasan tertentu.

‘The Yubari King’ terkenal dengan kemanisannya dan sudah tentu dengan harga yang mencapai USD27,000 atau RM108,000 sebiji. Harga tersebut hanya untuk buah melon pilihan. Walaubagaimanapun, secara puratanya Yubaris mampu mencecah harga USD50 hingga USD100.

Buah ini boleh menjadi buah yang paling mahal ditawarkan di Jepun tetapi petani di negara tersebut juga menanam buah-buahan premium yang lain.

Pada musim panas yang lepas, segugus anggur jenis “Ruby Roman” dijual di sebuah pasar di Wilayah Ishikawa Jepun bernilai hampir USD11,000, atau kira-kira USD350 setiap sebiji anggur. Baru-baru ini pula, sebiji strawberi Jepun dijual di Hong Kong dengan harga USD22.

Mengikuti perkembangan harga pasaran buah-buahan mewah Jepun yang berkembang pesat, petani di sana mampu mengeluarkan lebih banyak hasil tanaman ekoran permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Apa Pendapat Anda?