Saintis China Sedang Menanam Manga Dari Angkasa Lepas

Ternyata bahawa radiasi dari angkasa lepas boleh menghasilkan mangga di Bumi lebih baik dan sedap. Diambil daripada misi 33 hari di atas kapal kapal angkasa Shenzhou-11, biji mangga ditanam dan dipantau oleh ahli-ahli sains di China, dengan harapan dapat meningkatkan lagi variasi tumbuhan dengan radiasi dari angkasa lepas.

Gambar dari stesen penyiaran tv China iaitu CCTV, para saintis menyatakan mereka begitu terkejut dengan hasil praktikal yang dilakukan ke atas biji benih yang terdedah kepada sinaran dan radiasi angkasa lepas.

“Mangga Angkasa” lebih tahan serangan serangga, kualiti yang lebih tinggi dan pengeluaran buah yang lebih banyak,” kata Peng Longrong, ketua projek itu.

Benih mangga berkenaan tidak hanya terdedah kepada radiasi tetapi mengalami pelbagai keadaan luar biasa yang memaksa mereka untuk menyesuaikan benih tersebut dengan genetik persekitaran di bumi. China telah menghasilkan lebih daripada 4 juta mangga setiap tahun, jauh ketinggalan dari negara India, yang menghasilkan lebih daripada 15 juta mangga  setahun.

Apa Pendapat Anda?