Kastam Menjumpai 19Kg Daging Kuda Di Seludup Dalam Air Kotak

Dua wanita dari Mongolia telah mengunakan taktik penyeludupan gila selepas ditangkap dengan 19 kg daging kuda yang tersembunyi dalam air kotak di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles.

Seperti yang kita tahu, penyeludup sentiasa cuba menyeludup semua jenis barang larangan melalui lapangan terbang. Seperti tahun lepas apabila seorang lelaki dapat ditangkap dengan 51 penyu yang tersembunyi dalam seluarnya ketika beliau dalam perjalanan ke China dan apabila lelaki lain cuba untuk menyeludup lima ayam mentah dalam bagasinya.

Kedua-dua wanita tiba di Dulles pada akhir bulan Januari, dan salah seorang daripada mereka memberitahu pegawai Kastam yang beliau mempunyai makanan di begnya.

“Kami membuka beg mereka dan mereka duduk merenung kerja kami,” kata Stephen Sapp, seorang jurucakap bagi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Menurut wanita itu, daging kuda tersebut adalah untuk tujuan perubatan. Malangnya, daging tersebut dirampas namun mereka dibebaskan tanpa caj. Untuk pengetahuan umum, daging kuda yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat memerlukan pensijilan khas kerana bimbang daging yang tidak mempunyai sijil berbahaya seperti menyebarkan penyakit ternakan.

Apa Pendapat Anda?